Thursday, April 23, 2020

ULBS 1 Essays - , Term Papers, Research Papers

ULBS 1 Nama: Lee Xin Ru Kelas:4F Tarikh:29-3-17 Tajuk:(Ceramah) Cintailah Sungai Kita PENDAHULUAN:- Sungai merupakan pembekal sumber air kepada manusia. Melalui sungai manusia dapat minum, mandi dan mencuci pakaian. Sungai juga menjadi lokasi yang menarik kunjungan pelancong. Hal ini demikian, sungai wajar dijaga agar kebersihannya akan terus terpelihara. Huraian:- Punca-punca pencemaran sungai Pembuangan sisa pepejal ke dalam sungai - sesetengah anggota masyarakat mengambil jalan mudahdengan caramembuang sampah ke dalam sungai. Mereka menganggap sungai sebagai tong sampah. Sungai menjadi kotor, banyak hidupan akuatik yang pupus. Kurang pemantauan dan langkah penguatkuasaan yang lemah - Pihak berwajib tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan sebaik mungkin. Pihak berwajib menghadapi masalah kekurangan pegawai. Pihak yang melakukan kesalahan jarang-jarang dikenakan tindakan. Sikap anggota masyarakat yang tidak prihatin - mereka tidak mempunyai kesedaran betapa pentingnya sungai kepada kehidupan manusia. Mereka juga kurang mengetahui kesan buruk pencemaran sungai. Pencemaran sungai yang dilakukan oleh pihak lain hanya dipandang sebelah mata oleh masyarakat sekeliling. Cara-cara mengekalkan keindahan sungai Pihak kerajaan mesti menganjurkan kempen 'Cintailah Sungai Kita' secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan sungai. - kempen juga lebih berkesan jika diwara-warakan melalui media massa seperti televisyen, radio dan sebagainya. Kerap mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan sungai melibatkan semua lapisan masyarakat - dapat menangani masalah sungai yang kotor. Gotong-royong juga diharapkan dapat memupuk perasaan cinta akan sungai. Tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan berterusan - perlu mengenakan tindakan tegas kepada pesalah-pesalah seperti mengenakan kompaun yang lebih tinggi dan penjara mandatory. PENUTUP:- Sungai merupakan khazanah kurniaan Tuhan yang sangat besar fungsinya. Semua pihak perlu bekerjasama bagi memastikan keindahan dan kebersihan sungai terpelihara sehingga bila-bila.Cintailah sungai kita. Cintailah Sungai Kita Dalam kehidupan , sungai merupakan pembekal sumber air kepada manusia.Melalui sungai manusia dapat minum, mandi dan mencuci pakaian.Sungai juga menjadi lokasi yang menarik kunjungan pelancong.Namun apa yang kita nampak ialah pencemaran sungai kerana kerakusan manusia .Persoalannya,apakah punca pencemaran sungai dan langkah untuk mengatasi masalahnya? Terdapat beberapa punca pencemaran sungai iaitu pembuangan sisa pepejal ke dalam sungai . Hal ini disebabkan oleh,sesetengah anggota masyarakat menguna jalan yang mudah dengan cara membuang sampah ke dalam sungai. Kerana mereka menganggap sungai sebagai tong sampah. Akhirnya,sungai menjadi kotor dan menyebabkan banyak hidupan akuatik pupus. Selain itu,kurang pemantauan dan penguatkuasaan yang lemah .Kerana pihak yang bertugas tidak melaksanakan tugas yang diamanahkan. Kadang-kadang pihak berwajib menghadapi masalah kekurangan pegawai. Tambahan pula,ada pihak yang melakukan kesalahan jarang-jarang dikenakan tindakan. Seterusnya,sikap anggota masyarakat yang tidak prihatin.Hal ini disebabkan,mereka tidak mempunyai kesedaran dengan pentingnya sungai .Mereka juga tidak tahu kesan buruk pencemaran sungai. Kalau pencemaran sungai yang dilakukan oleh pihak lain hanya dipandang sebelah mata masyarakat sekeliling. Oleh itu, terdapat beberapa langkah untuk mengatasi masalah tersebut iaitu pihak kerajaan boleh mengadakan aktiviti gotong-royong membersihkan sungai dengan melibatkan semua lapisan masyarakat .Ini dapat menangani masalah sungai yang kotor. Gotong-royong juga diharapkan dapat memupuk perasaan cinta akan sungai. Seterusnya, tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas dan berterusan perlu mengenakan tindakan tegas kepada pesalah seperti mengenakan kompaun yang lebih tinggi . Bukan itu sahaja,pihak kerajaan mesti mengadakan kempen 'Cintailah Sungai Kita' secara berterusan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan sungai. Kempen lebih berkesan jika diwara-warakan melalui media massa. Kesimpulannya, sungai merupakan khazanah kurniaan Tuhan. Semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi memastikan keindahan dan kebersihan sungai terpelihara sehingga bila-bila. Cintailah sungai kita.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.